APAKAH AYAM YANG ANDA DAN KELUARGA MAKAN DIJAMIN HALAL & TOYYIB ??
BAGAIMANA AYAM DIPROSES DI INDUSTRI MALAYSIA.
PROSES PERTAMA
Ayam dilalikan dengan kejutan letrik (stunning).
Kebanyakkan Ulama diluar Malaysia tidak bersetuju dengan amalan ini telah keluar fatwa bahawa amalan sembelihan secara ini adalah haram.
PROSES KEDUA
Lafas talbiah dan niat sembelih jarang dilakukan.
Pisau yang digunakan untuk sembelih tidak dicuci selepas setiap sembelihan menjadikan perbuatan ini haram kerana menyembelih dengan pisau yang masih mengalir darah.
PROSES KETIGA
Ayam yang usus masih dalam perut dimasukkan kedalam air panas untuk melembutkan bulu.
Usus mengandungi najis dan air panas dicemari dengan najis dan darah ayam.
Perbuatan ini tidak menjamin halal kerana daging ayam bercampur aduk dengan air najis ayam.
Air panas langsung tidak digantikan, maka air ini menjadi warna coklat yang penuh dengan darah dan najis ayam.
Proses ini tidak boleh memenuhi tuntutan Halalan Toyibban. Lagi pun proses ayam bercampur dengan najis dan darah menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.
PROSES KEEMPAT
Ayam direndam dalam air klorin supaya ayam kelihatan segar.
Kegunaan klorin yang berlebihan menjadikan ayam tidak Toyyib kerana klorin berlebihan menjadi ancaman terhadap kesihatan manusia.
PROSES KELIMA
Ayam diputar dalam tong air supaya air serap kedalam daging ayam dan menambahkan berat supaya dapat mengaut keuntungan berlebihan.
Perbuatan ini sangat merugikan pengguna dan ayam mudah rosak(basi) selepas masak.
Jangan Sia Siakan Ibabat dan Doa anda dengan memilih makanan yang tidak halal
Alangkah ruginya kita beribadat dan doa bertungkus lumus tetapi ibadat dan doa tidak diterima Allah SWT kerana kita memilih makanan yang tidak halal
Ramai umat Islam hari ini tidak mengambil peduli tentang apa yang dimakan.
Para Ibu-bapa dan juga Madrah Islam kerap tidak memandang serious terhadap makanan, yang disediakan kepada anak anak dan pelajar, akibatnya pelajar menjadi pintar tapi akhlaknya sangat mengecewakan.
Tahulah anda terdapat 57 nas Alquran tentang bertapa pentingnya makanan dalam kehidupan Umat Islam
(Al-Quran>Surah Al-Mu’minuun: Ayat 51)
Wahai Rasul Rasul, makanlah dari benda benda yang baik lagi halal dan kerjakanlah amal-amal soleh: sesungguhnya Aku Maha Mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.
(Al-Quran>Surah Abasa :Ayat 24)
Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya.
(Al-Quran>Surah Al-Baqarah: Ayat 168.Wahai sekalian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik dan janganlah kamu iku jejak langkah syaitan; kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu
(Al-quran>Surah An-Nahl:Ayat 114.)
Maka makanlah dari rizki yang diberikan Allah kepadamu yang halal lagi baik, dan bersyukurlah atas nikmat Allah jika benar ibadah(pengabdian-mu hanya kepada-nya semata.
Nas Al-Quran ini menegaskan bertapa pentingnya Umat Islam perlu memerhatikan apa yang dimakan, Allah SWT juga menegaskan bahawa perbuatan memakan makanan yang tidal halal adalah jejak langkah syaitan yang sangat dikeji dan jangan sia siakan riziki halal and dengan memilih makanan yang tidak halal
Rasulullah SAW bersabda bahawasanya tidaklah diterima ibadahnya seseorang yang memakan barang yang haram. Baginda pun menambahkan: Banyak orang berusaha sekuat tenaga untuk beribadah kepada Allah SWT lalu mengankat kedua tangannya seraya memohon, “Ya Allah! Kumohon pada-Mu terimalah ibadahku.” Tetapi jika makanannya haram, minumannya juga haram, pekaiiannya pun haram, bagaimana mungkin doa mereka itu akan kabulkan.
Rasullulah SAW terus bersabda lagi: Barangsiapa makan dari yang halal kerana mengikuti sunnahku dan tidak berbuat aniaya kepada orang lain, maka ia akan memperolehi Syurga.
Satu kali Sa’ad bin Abi Waqas RA meminta kepada Rasulullah SAW untuk mendoakannya supaya doa yang ia panjatkan dikabulkan Allah SWT. Maka Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Wahai Sa’ad jika kamu makan dari yang halal dan toyyib. Allah akan menjawap semua permohonanmu” Rasulullah SAW kemudian menambahkan: Aku bersumpah demi Allah yang nyawaku dalam genggaman-Nya, jika sesorang makan sedikat saja dari yang haram, tak sedikitpun ibadahnya diterima Allah SWT selama empat puluh hari. Bilamana daging yang membentuktubuh seseorang terbuat dari unsure yang haram maka hanya api neraka sajalah yang patut bagi tubuhnya.